Sunday, July 13, 2008

Mak Tak Kuasa, Nyah!


Isu lelaki lembut atau lebih dikenali sebagai mak nyah mula mendapat perhatian apabila golongan ini sering dikaitkan dengan meningkatnya masalah sosial remaja.Dahulu mak nyah lebih dikenali dengan istilah bapok atau pondan. Adakah mereka dikatakan meniru sifat wanita? Sebenarnya sifat itu tidak sengaja dibuat-buat pada sesetengah individu. Sebahagian daripada mereka kadang-kadang sudah memiliki sifat tersebut semenjak dari lahir.

Namun, tidak dinafikan sesetengahnya berpunca daripada latar belakang keluarga yang mempunyai ramai anak perempuan atau keinginan ibu mereka untuk memiliki anak perempuan sekiranya sebelum ini mempunyai ramai anak lelaki. Natijahnya, anak lelaki tersebut diasuh malah dipakaikan dengan pakaian yang menyerupai perempuan yang seterusnya menjurus kepada tingkah-laku mereka menjadi mirip wanita.

Ada juga lelaki lembut yang boleh berubah menjadi lelaki yang sejati menjelang dewasa hasil daripada didikan ibubapa yang menyedari kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya anak-anak mereka berkelakuan yang menyimpang daripada tabiat manusia yang normal. Pendidikan agama wajar diterapkan dengan sebaik mungkin untuk menyedarkan mereka akan baik buruk sesuatu perkara. Selain daripada itu, peranan guru dan ahli masyarakat perlulah ditingkatkan agar golongan sebegini dapat dibetulkan, bukan dihina disisih malah dihukum sewenang-wenangnya.

Pelbagai masalah sosial yang melibatkan lelaki lembut yang terpesong seperti gejala homoseksual, aktiviti gay, penyakit AIDS insyaALLAH boleh diatasi sekiranya masyarakat sama-sama berganding bahu untuk membantu mereka kembali ke landasan yang sebenar. Cuma adakah kita telah berusaha ke arah itu? Sama-sama kita koreksi diri kita. Sedikit petikan hadis daripada Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud: Allah S.W.T melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Fikir-fikir dan renungkan. Wallahu'alam.

Bila Hati Berbisik: Hati manusia ibarat wadah, maka berebut-rebutlah malaikat dan syaitan untuk mengisinya. Berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan, kerana isinya adalah kekufuran...


1 comment:

nasikerabupetro said...

emmm... ambe penah tengok temubual dengan 2 maknyah dan1 ustazah dalam Wanita Hari Ini.

Percaya atau tidak, maknyah2 tidak merasakan apa yg mereka buat adalah satu dosa bagi mereka. Itu adalah urusan "aku dengan tuhan aku", kata mereka. Orang lain yang memandang sinis adalah penyibuk...

Kesian juga kat ustazah yang memberi penerangan dari sudut agama itu. Sebab bagi maknyah-maknya ini, cakaplah apa pun, "We'ol don't care youuuuuuuuu.....we'ol x kacau orang, so u'ol jangan kacau we'ol, tak kuase mak!"

Huhu...
nasikerabupetro